SPEEDY Tigers akan tampil di Muscat, Oman dengan kekuatan penuh tanpa pemain dibelenggu kecederaan.

Meskipun mendapat khabar kurang menyenangkan apabila tonggak penyerang Faizal Saari, mendapat kecederaan menjelang saingan pusingan kelayakan ke Olimpik Paris di Oman 15 hingga 21 Januari ini, ketua jurulatih A Arulselvaraj tetap mampu tersenyum apabila kembali mendapat khidmat beberapa pemain senior yang sebelum ini diulit kecederaan.

Begitupun, Arul tetap berteka-teki dengan barisan pemain yang akan dibawanya ke Oman sehingga pengumuman dibuat Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), esok.

Ketua jurulatih Hoki Lelaki Kebangsaan, A Arulselvaraj lega, bakal bawa pemain yang bebas kecederaan ke Muscat.

“Situasi Faizal akan terus dipantau dan keputusan menyenaraikan 18 pemain terakhir akan dibuat malam ini, pada perlawanan ujian dalam kalangan pemain kita sahaja,” kata Arul, ditemui selepas latihan skuad kebangsaan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.

Menurutnya, kehadiran semula pemain senior yang sudah pulih sepenuhnya dari kecederaan seperti Shahril Saabah, Norsyafiq Sumantri, Fitri Saari, Shafiq Hassan dan Shello Silverius, selain lapan pemain remaja yang menyertai call up, mood latihan fasa akhir cukup meyakinkan.

“Selepas sukan asia tekanan lebih tinggi dan saya dan juga pemain belajar sesuatu seperti manage situasi, tekanan dan pembelajaran besar di Sukan Asia.

Mungkin over confident dan sebagainya. Pemain lebih peka dan realisitk yang pemain lakukan.

Pasukan hoki lelaki kebangsaan mempamer prestasi di bawah par pada temasya Sukan Asia Hangzhou.

“Call up 8 pemain remaja.. tak pernah mudah untuk kita menyenaraikan 18 pemain ini. Saya ada pendapat saya dan bukan mudah untuk melengkapkan pemain kali ini.

“Mungkin boleh mengagak 15 -16 nama, mudah bagi saya dan juga mana-mana jurulatih. Tetapi untuk satu atau dua tempat lagiagak susah kita membuat pemilihan.

“Tetapi 18 pemain yang kita bawa adalah bebas daripada kecederaan,” ujar Arul lagi.

Menurutnya, selepas memperoleh pengalaman menyertai kejohanan dan perlawanan persahabatan, kesilapan dibuat dalam pasukan perlu diatasi.

Beberapa tonggak berpengalaman kembali bersama skuad, namun beberapa lagi terpaksa melupakan aksi di Muscat, Oman.

“Dalam padang… mereka harus bertanggungjawab kesilapan yang mereka lakukan sebelum ini.

“Kita banyak habiskan masa untuk melihat video dan mesej buat pemain ialah reduce the individu error. Jadi kita kena terus move on.

“Sebelum itu juga kita ada ramai pemain yang mengalami kecederaan dan kita trainng dengan 10 orang. Selepas balik New Zealand… kita ada 20 orang menjalani latihan dan dapat lihat semangat mereka berbeza sedikit.”

Skuad negara dijangka berlepas ke Muscat pada 11 Januari ini.

Speedy Tigers akan membuka saingan menentang China pada 15 Januari, Great Britain (17 Januari) dan melengkapkan perlawanan kumpulan A menentang Pakistan pada 19 Januari.