SELEPAS penantian selama 11 tahun, Sri Pahang FC akhirnya menempah tiket ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2025 dengan penuh dramatik.
Skuad Tok Gajah mara ke final selepas menyingkirkan Sabah FC dengan agregat 3-2, hasil kemenangan 2-1 dalam aksi separuh akhir kedua yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh (MPT), sebentar tadi.
Aksi penuh mendebarkan itu menyaksikan kedua-dua pasukan terpaksa berjuang hingga ke masa tambahan selepas terikat 1-1 dalam tempoh 90 minit permainan.
Ketika tekanan semakin memuncak, penyerang berbisa Sri Pahang, Kpah Sherman, muncul sebagai wira dengan jaringan kemenangan pada minit ke-107, menewaskan penjaga gol lawan, Damien Chien, sekali gus mengesahkan kemaraan pasukan ke pentas final.
FOTO : MFL