PERTEMBUNGAN ‘derby’ klasik antara Sri Pahang FC dan Kelantan FC di Kuantan dijangka menjanjikan aksi penuh memukau untuk menentukan status sebagai jagoan pantai timur.

Ini kali pertama kedua-dua pasukan bertemu di Liga Super sejak beberapa musim lepas apabila mereka berada dalam kasta liga yang berbeza.

Permulaan skuad Tok Gajah sedikit perlahan apabila sekadar seri 1-1 dengan Negeri Sembilan FC dan ianya harus segera dilakukan Fandi Ahmad jika mahu terus dilabel pencabar musim ini.

Lawan ditemui tidaklah mudah. Kelantan FC yang bagaikan bangkit daripada mimpi kembali dalam kelompok elit liga juga tidak boleh dipandang enteng kerana cuba untuk bermain mati-matian bagi memungut tiga mata penuh.

Rekod pertemuan antara mereka juga menarik kerana miliki puluhan ribu penyokong setia yang sentiasa memenuhi stadium masing-masing ketika zaman kegemilangan.

Namun, musim 2023 ceritanya berbeza. Sri Pahang yang membawa masuk Kpah Sherman masih lagi tercari-cari rentak permainan bersama rakan sepasukan.

Juga tidak dapat dipastikan awang import Brazil, Lucas Silva yang menimpa kecederaan turut dilihat menghadirkan impak negatif terhadap persembahan Sri Pahang.

Bagaimana aksi di Stadium Darul Makmur nanti yang dikhabarkan akan hujan pada sebelah petang. Segalanya akan diketahui selepas berakhir 90 minit masa penuh.