KELAB Manchester United tidak pernah berkompromi dalam soal kualiti pemain yang mahu diserap ke dalam pasukan.

Pengurus baharu, Ruben Amorim menegaskan hanya pemain terbaik dari seluruh dunia layak menyarung jersi keramat The Red Devils, tanpa mengira latar belakang atau benua.

“Kalau saya nampak pemain dari Asia yang ada nilai sebenar dan menunjukkan prestasi tinggi, dia boleh masuk dalam senarai kami,” katanya, pada sidang media pra perlawanan persahabatan Maybank Challenge Cup 2025 menentang ASEAN All Star di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.

 

Kenyataan Amorim itu menjawab kepada persoapan yang dikemuka wartawan tempatan.

Bagaimanapun, laluan ke EPL bukan mudah kerana pemain luar Eropah perlu memenuhi syarat permit kerja ketat ditetapkan Persatuan Bola Sepak England (FA).

Antara kriterianya termasuk bilangan penampilan antarabangsa, ranking FIFA negara asal dan tahap liga domestik yang disertai pemain terbabit.

Amorim menyifatkan United sebagai platform global, dan tempat hanya diberikan kepada pemain yang benar-benar layak, tidak kira asal-usul mereka.

“Kalau anda perform dan jadi antara yang terbaik, kami akan beri peluang, kami mahukan yang terbaik, itu sahaja,” katanya ringkas.