Select Page

Stuart masih komited bersama MFL

Stuart masih komited bersama MFL

KETUA Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Stuart Ramalingam tampil memberikan penjelasan kepada media terhadap masa depannya bersama badan pengendali liga itu.

Sejak beberapa hari lepas, timbul spekulasi mengenai pengunduran dirinya daripada badan induk liga Malaysia ini.

Namun demikian, Stuart tampil memberikan penjelasan bahawa beliau masih lagi komited bersama MFL sehingga kontraknya tamat pada 30 Ogos ini.

Stuart Ramalingam

“Ramai yang menghubungi saya mengenai khabar angin mengenai kedudukan saya baru-baru ini.

“Apa yang boleh saya katakan buat masa ini ialah saya komited bersama MFL dan perbincangan sedang berjalan berkaitan kontrak saya yang berakhir pada bulan Ogos.

“Sila ambil perhatian bahawa sebarang perkara rasmi mengenai perkara ini akan diumumkan dalam masa terdekat dan buat masa ini saya masih komited dengan peranan saya,” jelasnya kepada pihak media.

Stuart mula mengambil tampuk peranan selaku CEO MFL pada Ogos 2021 selepas peletakan jawatan Datuk Hamidin Mohd Amin.

Pengumuman rasmi akan dilakukan oleh MFL mengenai jawatan CEO pada masa akan datang.