PESILAT negara, Mohd Al Jufferi Jamari meneruskan aksi ke separuh akhir acara silat tanding Putra kategori 70-75kg temasya Sukan SEA 2021 di Hanoi pada Jumaat.
Dia berjaya mengatasi pesilat Indonesia Iqbal Chandra Pratama dalam pertarungan sengit dan mendahului 31-24 di pusingan kedua.
Walaupun Al Jufferi mengalami kesakitan di bahagian kanan tetapi masih meneruskan perjuangan dengan mencatat kemenangan tipis 53-51 di pusingan ketiga.
Turut berada di separuh akhir adalah Muhammad Khairi Adib Azhar kategori 50-55kg, Mohamad Azim Amzad kategori 55-60kg dan Ahmad Atif Irsyad Ahmad Zahidi.
Pingat gangsa sah dalam genggaman buat pesilat negara yang berada di peringkat ini.
Akan menyusul..