KEBAWAH Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah telah berkenan mencemar duli berangkat ke Stadium Tertutup Sukpa pada Sabtu, bagi menyaksikan perlawanan pusingan kelayakan Piala Asia Futsal 2026 antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu.

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Paduka Baginda (KDPB) disambut Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong, Tengku Fahad Mua’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah.

Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah telah berkenan mencemar duli berangkat ke Stadium Tertutup Sukpa pada Sabtu bagi memberikan semangat buat pasukan Harimau Malaya. FOTO :Nik Nazhan

Baginda setia menyaksikan perlawanan ke wisel penamat, lambang sokongan penuh buat skuad Harimau Malaya.

Dengan iringan doa dan sorakan padu ribuan penyokong di laman sendiri, baginda menjadi saksi kepada kemenangan dramatik skuad negara menerusi jaringan minit akhir Awalluddin Mohd Akhir.

Awalludin Mohd Nawi jadi wira Harimau Malaya apabila gol tunggalnya dua minit sebelum tamat permainan memastikan Malaysia menewaskan UAE 1-0 dalam aksi kelayakan Piala Asia Futsal 2026 di Kuantan pada sabtu. FOTO: FAM

Ia meletakkan peluang Malaysia layak ke Piala Asia di Indonesia pada Januari depan dalam landasan yang baik.

Kredit juga buat Kerajaan Negeri Pahang yang menunjukkan komitmen dan sokongan penuh untuk Malaysia menjadi tuan rumah kepada perlawanan berprestij bertaraf antarabangsa ini, di bumi Kuantan.

SUMBER: MUHAMMAD AIMAN