PAHANG Rangers FC membawa bekalan tipis ke Shah Alam selepas berjaya menewaskan Selangor MAC 4-3 dalam aksi Separuh Akhir Pertama Liga Premier Fustal (MPFL) 2023 di Stadium Tertutup Sukpa, Kuantan pada Sabtu.

Aksi di awal permainan, kedua-dua pasukan dilihat mempamerkan corak permainan yang baik apabila melakukan cubaan dalam usaha mendapatkan gol pertama meskipun tiada jaringan yang dihasilkan.

Laungan sorakan penyokong di stadium bergema apabila Selangor MAC berjaya mencipta gol pada minit ke-12 oleh Muhammad Fariq yang meletakkan skuad itu di hadapan dengan 1-0.

Namun, kegembiraan anak buah skuad kendalian Edgar Eder terhenti dengan jaringan daripada Pahang Rangers yang berjaya menyamakan kedudukan 1-1 dalam jarak masa singkat hasil jaringan daripada Mahadir Harahap pada minit ke-14.

Selangor MAC sekali lagi dikejutkan dengan jaringan gol skuad Gerard Casas hasil sepakan cantik daripada Sergio Jamur pada minit ke-18 menjadikan pasukan itu dihadapan 2-1.

Kedudukan 2-1 kekal hingga habis separuh masa pertama.

Menjelang separuh masa kedua, bahagian pertahanan Pahang Rangers dilihat kucar-kacir menjadikan giliran Selangor MAC menyamakan kedudukan 2-2 setelah berkali-kali cubaan dilakukan hasil gol daripada Ali Ebrahimi pada minit ke-24.

Ridzwan Bakri memadamkan sedikit harapan Selangor MAC untuk berada di kedudukan selesa apabila mendapatkan gol ketiga pada minit ke-25 buat pasukannya menjadikan Pahang Rangers di hadapan dengan mata 3-2.

Siapa sangka, Selangor MAC tidak mengaku kalah walaupun ketinggalan satu mata, hasil jaringan gol daripada Matheus pada minit ke-27 sekali lagi menyamakan kedudukan 3-3 dengan Pahang Rangers.

Pahang Rangers tidak membenarkan skuad Selangor MAC di kedudukan selesa apabila mendapatkan gol keempat daripada Gergio Jamur pada minit ke-33 meletakkan skuad Tok Gajah di depan 4-3.

 

Tekanan demi tekanan untuk memastikan mendapat tempat ke peringkat akhir, berlaku ketegangan di antara pemain sehingga pengadil melayangkan kad merah kepada pemain Ali Ebrahimi berikutan sudah mendapat kad kuning pada awal permainan.

Separuh masa kedua tamat di kedudukan kekal dengan keputusan 4-3.

Kedua-dua pasukan itu akan bertemu sekali lagi di separuh akhir kedua di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam.