SIRI Kejohanan Skate Malaysia siri ke-14 dan Kejohanan Ice Skating Institute Asia (ISIAsia) siri ke-13 telah melabuhkan tirainya pada 25 Jun lalu yang bermula dari 22 Jun.

Kejohanan siri tersebut menyaksikan tiga pasukan dari Malaysia tersenarai sebagai pemenang dan salah satunya telah dinobatkan sebagai juara.

Pasukan Sunway Pyramid Ice juara keseluruhan

Pasukan Sunway Pyramid Ice muncul sebagai juara keseluruhan dengan 1,484 mata manakala Blue Rink Kuala Lumpur pula mendapat di tempat kedua dengan 1,045 mata.

Pasukan Blue Rink Ice Kuala Lumpur di tempat kedua.

Mempunyai perbezaan mata yang jauh dari johan dan tempat kedua, pasukan dari Indonesia, Oasis Centre Arena berada di tempat ketiga dengan mendapat 457 mata dan pasukan Icescape Rink IOI dari Malaysia di tempat keempat dengan 426.5 mata.

Pasukan Oasis Centre Arena dari Indonesia di tempat ketiga

 

Pasukan Ices Scapes Rink IOI dari Malaysia di tempat keempat

Selain itu, pasukan BX Rink dari Indonesia pula diumumkan sebagai tempat kelima dengan mengumpul mata sebanyak 378.

Pasukan BX Rink dari Indonesia di tempat kelima

Semua pemenang turut dihadiahkan sebuah Medal Skate Malaysia 2023 dan Kejohanan Siri ISIAsia.

Medal Skate Malaysia 2023 dan Kejohanan Siri ISIAsia

Sempena acara Skate Malaysia terbesar yang pernah diadakan, Sunway Pyramid Ice telah menjadi tuan rumah bagi acara tersebut yang melibatkan seramai 450 pemain skate daripada tujuh negara iaitu Malaysia, Thailand, Filipina, Indonesia, China, Amerika Syarikat dan Kuwait.