PENGENDALI Manchester United, Erik ten Hag membalas kritikan Cristiano Ronaldo yang mendakwanya tidak bercita-cita tinggi, dan berkata bekas bintang Manchester United itu tidak tahu situasi sebenar di Old Trafford kerana dia bermain di Arab Saudi.
Ronaldo, yang meninggalkan kelab Liga Perdana Inggeris itu dua tahun lalu dan menyertai Al-Nassr selepas mengkritik Ten Hag serta kelab, kembali mencetus ketegangan dengan pengendali dari Belanda itu apabila berkata yang dia tidak sepatutnya mengakui pasukannya tidak mampu memenangi Liga Perdana Inggeris.
Namun Ten Hag mendakwa Ronaldo membuat kenyataan serupa berkenaan prospek United, ketika pemain berusia 39 tahun itu kini bermain di Liga Pro Saudi.
“Dia berkata begitu, yang Manchester United tidak mampu memenangi Liga Perdana Inggeris. Dia berada jauh di Saudi, jauh dari Manchester, jadi semua orang berhak memberikan pandangan dan mempunyai pendapat sendiri. Tidak mengapa,” kata Ten Hag.
Ten Hag: He (Ronaldo) said Manchester United can’t win the Premier League.
Interviewer: No, He (Ronaldo) said that you said….
Ten Hag: *interrupts with*…. NO, he (Ronaldo) said this, if you read the article very well. pic.twitter.com/ZGsQ3z7o93 https://t.co/O8RDCc2YkB
— sven (@svenxz_) September 12, 2024
Ten Hag sekali lagi mengharungi permulaan musim yang sukar, tewas dua daripada tiga perlawanan pertamanya menjelang aksi di Southampton esok. United tidak pernah tewas tiga aksi liga berturut-turut sejak tahun tahun 2015 – ketika di bawah kendalian Louis van Gaal.
“Kita akan lihat di mana kedudukan kami pada Mei tahun depan. Ia masih awal musim dan yang penting ialah memenangi trofi, berada di kedudukan terbaik liga dan melakukan apa sahaja untuk memenangi setiap perlawanan,” katanya.