RUBEN Amorim percaya Manchester United tetap mempunyai peluang meskipun Liverpool berada dalam prestasi yang lebih baik.
MU akan bertandang ke markas Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris hujung minggu ini. Perlawanan berdepan Liverpool akan berlangsung di Anfield pada tengah malam Isnin ini.
Melihat kepada kedudukan Liga Perdana Inggeris, kelab Old Trafford itu ketinggalan jauh di belakang Liverpool. The Red Devils yang berada di tangga ke-14 dengan 22 mata, tertinggal 23 mata daripada Liverpool yang mengungguli puncak liga.
Amorim mengakui ketika ini Liverpool memang lebih baik daripada MU. Namun begitu, pengurus dari Portugal itu yakin bahawa dalam bola sepak, segala kemungkinan boleh berlaku.
"We are going to face the best team this year" 👊
Man Utd boss Ruben Amorim on facing Liverpool at Anfield on Sunday 🔴 pic.twitter.com/UpMbPbdVWn
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) January 3, 2025
“Dalam bola sepak, dalam satu perlawanan, segalanya boleh terjadi. Jika anda bercakap tentang musim penuh, pasukan terbaik sentiasa menang. Pada saat ini, mereka memang lebih baik daripada kami, tetapi kami mampu memenangi mana-mana perlawanan.
“Kami harus fokus, bukan kepada konteks, tetapi kepada prestasi. Apa yang perlu kami lakukan ialah memperbaiki perkara-perkara asas. Kami perlu meningkatkan elemen-elemen mudah untuk menghadapi perlawanan seperti ini,” kata Amorim seperti dilaporkan oleh BBC.