KEJAYAAN pasangan beregu lelaki negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yie menyingkirkan bekas pemenang pingat emas Olimpik 2020, Tokyo, Lee Yang-Wang Chi Lin disifatkan rezeki paling bermakna.

Ee Yie menyifatkan kemenangan ini adalah merupakan rezeki anaknya yang baharu lahir. Selain rezeki anak, mereka mengakui kemenangan hari ini adalah disebabkan sorakan penyokong yang terus berada di belakang pasukan kebangsaan.

Bagi mereka, dia tidak meletakkan apa apa sasaran ketika perlawanan, namun memberikan segala- galanya buat kejayaan skuad negara.

“Ia adalah disebabkan anak juga. Memang lagi semangatlah penyokong sorak Ee Yie, Yew Sin pun adalah.

“Kita akan bincang dengan jurulatih apa gameplay esok, kita tak fikir banyak, hanya berikan yang terbaik untuk setiap perlawanan,” ujarnya selepas perlawanan.

Sementara itu, gandingan Lee Yang – Wang Chi Lin pula berkata, mereka mengakui merasai tekanan bermain kerana Malaysia memberi aksi yang sangat memukau.

“Saya berasa tekanan dan mereka bermain sangat baik. Hari ini, saya harus memperbaiki skil saya dan pertahanan dengan lebih baik,” jelas mereka.

Pasangan negara itu bakal bertemu gandingan Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dalam aksi suku akhir pada 1 Julai ini.