BEREGU utama wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah terpaksa menerima hakikat tersingkir awal pada kejohanan Terbuka Malaysia 2024

Bukan itu sahaja, nampaknya jalan ke Olimpik juga semakin menipis apabila mereka mengalami detik sukar dalam menewaskan gandingan dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning dengan keputusan 20-22, 15-21.

Thinaah terpaksa akui kehebatan pihak lawan yang mempunyai kelebihan lebih dari segi strategi untuk membenam Malaysia.

Pearly-Thinaah cuba berikan aksi terbaik di khalayak peminat yang hadir ke Axiata Arena, Bukit Jalil.

“Saya rasa mereka lebih bersedia untuk perlawanan ini, percaturan strategi mereka lebih bijak dan mereka memang bagi banyak tekanan terhadap kita. Jadi itu perkara utama yang menjadikan kekalahan hari ini.

“Untuk mengulas mengenai perjalanan ke Olimpik, seperti saya cakap saya sangat teruja untuk bermain tahun ini di laman sendiri jadi kita tidak memikirkan tentang pungutan mata untuk ke Olimpik malah kita hanya fokus untuk kumpul mata demi mata dalam kempen ini,” kata Thinaah.

Sementara itu, beregu lelaki negara iaitu Man Wei Chong-Kai Wun Tee juga terpaksa mengikut jejak Pearly-Thinaah apabila mereka tersungkur di saingan awal dengan kalah straight set 12-21, 19-21 kepada beregu China.

Wei Chong-Kai Wun cuba mencuri mata di Terbuka Malaysia namun hasrat tersebut telah gagal direalisasikan.

Wei Chong menyifatkan kegagalan di perlawanan pertama ini berpunca daripada mental yang kurang stabil seterusnya memberi impak negatif terhadap aksi yang ditampilkan.

Namun, pemain berusia 24 tahun itu menyatakan bahawa masih terlalu awal untuk dia bersama gandingannya berasa down kerana itu baharu permulaan kempen kejohanan.

“Ini perlawanan pertama jadi tidak boleh terlalu down sebab tahun ini pun baharu bermula. Banyak lagi perlawanan yang mendatang.

Gandingan ini menganggap masalah mental kurang stabil sebagai punca kekalahan dalam saingan pertama Terbuka Malaysia.

“Kita punya mental sahaja perlu di ‘reset’ semula dan kami perlu berbincang dengan Coach, selepas itu pasti kami akan bangkit,” ujarnya selepas tamat perlawanan.

Untuk rekod, Wei Chong-Kai Wun telah kalah di pertemuan terakhir bersama Liang Wei Keng-Wang Chang dengan keputusan 16-21, 21-14, 17-21 di Kejohanan Dunia 2023.

Manakala, Pearly-Thinaah mencatatkan rekod cemerlang pada pertemuan akhir dengan Liu Sheng Shu-Tan Ning 21-11, 9-21, 21-19 di Terbuka Jepun 2023.

Malah pada kejohanan Terbuka Malaysia tahun lalu, mereka mengalami kekalahan dan hanya berjaya sehingga ke pusingan kedua dalam Terbuka Malaysia 2022.