Select Page

Terengganu FC jangan ‘lembik’ sangatlah, agresif lagi !

Terengganu FC jangan ‘lembik’ sangatlah, agresif lagi !

TERENGGANU FC gagal menyerlah selepas tiga perlawanan Liga Super dan tidak berjaya mencatatkan kemenangan sehingga kini.

Pasukan yang bakal bermain di pentas Asia itu terperosok kelompok tercorot dan situasi semasa tersebut mencemaskan para penyokong Sang Penyu.

Dalam aksi terbaharu di Gong Badak pada Ahad, tiada langsung jaringan terhasil walaupun banyak kali mencipta gerakan dan peluang keemasan depan gawang.

Gandingan Adisak Kraison, Sony Norde dan Ivan Mamut serta Syafik Ismail masih buntu menemui sentuhan pemusnah dan muncul satu-satunya pasukan belum lagi menembusi jaring pasukan lawan.

Senario ini mengakibatkan penyokong tegar mereka, Ultras Tranung bangkit dan menuntut anak buah Tomislav Steinbruckner supaya melakukan sesuatu yang lebih baik serta perlu ‘mengganas’ sesuai reputasi mewakili Malaysia ke saingan Piala AFC.

 

ARTIKEL BERKAITAN : TFC, City Boys terus kempunan catat kemenangan sulung liga

“Jangan lembik sangatlah next game ! Buat semula, agresif lagi ! menurut kenyataan Ultras Tranung.

Selepas mengharungi tiga perlawanan awal Liga Super, Terengganu berada di tangga terakhir daripada 12 pasukan, dengan bolos tiga kali.

Bagaimanapun, penyokong setia usahlah panik lagi kerana perjalanan liga masih panjang dan ia bukan kayu pengukur kepada prestasi terkini pasukan itu

Terengganu akan melayan kunjungan PDRM FC bagi perlawanan seterusnya di Gong Badak, Sabtu ini.

Video Terkini

Loading...