Select Page

Terengganu gagal manfaat kelebihan di halaman sendiri

Terengganu gagal manfaat kelebihan di halaman sendiri

SKUAD futsal Terengganu terpaksa berpuas hati dengan satu mata apabila diikat 1-1 oleh Kedah pada aksi pembukaan Liga Futsal Premier Malaysia (MPFL) pada Sabtu.

Beraksi di Stadium Negeri di sini, tuan rumah menguasai awal permainan menerusi percubaan Alif Izzat Rosdi pada minit ketujuh dan Aqim Mohamad Salihuddin pada minit ke-10.

Kedah yang sesekali melakukan serangan balas menguji kubu Terengganu melalui rembatan Mohamad Farith Ahmad pada minit ke-12 namun dinafikan penjaga gol, Tengku Azraf Fahimi Che Ku Sulong.

Terengganu (jersi hitam putih) bertemu Kedah dalam aksi perlawanan pembukaan Liga Futsal Premier Malaysia (MPFL) di Kuala Terengganu.

Bersambung babak kedua, Terengganu memecahkan kebuntuan setelah Nur Luqman Yaakob Tan menyudahkan hantaran Izzat Aqiyuddin Ramli pada minit ke-24.

Kelebihan itu hanya bertahan lima minit selepas tonggak Kedah, Muhammad Syarifuddin Md. Akhir menyamakan kedudukan 1-1 untuk menceriakan kem pelawat.

Tiada tambahan jaringan sehingga tamat permainan dengan kedua-dua pasukan akur berkongsi satu mata dalam saingan Kumpulan A MPFL.

Video Terkini

Loading...