PENGENDALI Thailand, Masatada Ishii melahirkan rasa sedihnya melihat pasukan Gajah Perang tersingkir dalam Piala Asia 2023.

Thailand memberikan tentangan sengit kepada Uzbekistan dalam perlawanan Pusingan 16 pada Selasa. Selepas menyamakan kedudukan 1-1, Thailand akhirnya tewas dengan jaringan 1-2.

“Kami sedih dengan kekalahan ini. Pemain telah bermain dengan sepenuh hati. Kini kami akan cuba muhasabah dan bersatu semula untuk melihat ke hadapan untuk apa yang seterusnya untuk kami.

“Terdapat banyak perkara yang perlu kami perbaiki untuk perlawanan seterusnya.

“Pasukan kejurulatihan telah memaklumkan kepada pemain tentang perkara yang perlu mereka lakukan apabila mereka kembali ke kelab. Jadi apabila kami kembali bersama, terdapat beberapa penambahbaikan yang kami harap akan membawa kami ke kedudukan yang lebih kukuh dalam Kelayakan Piala Dunia,” kata Ishii dipetik AFC.

Dalam Kelayakan Piala Dunia, Thailand berada dalam Kumpulan C bersama Korea Selatan, China dan Singapura. Thailand telah mengumpul tiga mata daripada dua perlawanan pertama.

Bagaimanapun, Mac depan, Thailand akan bertemu Korea Selatan dalam perlawanan di tempat sendiri dan tempat lawan. Kejayaan Thailand mencuri mata dari Korea Selatan akan memberi pengaruh besar kepada peluang Thailand layak ke pusingan seterusnya.