Select Page

Thailand sah tidak sertai Pestabola Merdeka 2023

Thailand sah tidak sertai Pestabola Merdeka 2023

JUARA Piala Bolasepak ASEAN (AFF) tujuh kali, Thailand tidak akan menyertai kejohanan Pestabola Mereka yang bakal diadakan September tahun ini.

Perkara tersebut diumumkan oleh Setiausaha Persatuan Bolasepak Thailand (FAT), Patit Suphaphongs yang sekaligus menyaksikan lawan tradisi Harimau Malaya ini tidak mengambil bahagian.

Selain Thailand yang dijemput menyertai kejohanan ini, empat pasukan lain antaranya Vietnam, Syria, Palestin masih belum mengesahkan penyertaan mereka namun India telah memaklumkan akan menyertai kejohanan berprestij ini.

Keputusan tidak menyertai kejohanan ini disebabkan skuad Gajah Perang yang telah menjuarai Piala AFF 2022 itu mahu mengadakan kejohanan tahunan iaitu Piala Raja Thailand (King’s Cup) yang turut berlangsung dalam bulan yang sama.

Gajah Perang merangkul kejuaraan Piala AFF 2022 dengan menewaskan Vietnam.

Thailand yang kini berada pada kedudukan ke-111 dunia turut mempersiapkan pasukan menjelang kejohanan Piala Asia yang berlangsung hujung tahun ini.

Pestabola Merdeka bakal dijadikan sebagai medan persediaan untuk pasukan negara yang bakal beraksi dalam temasya Piala Asia 2024 di Qatar.

Kejohanan ini merupakan sebuah kejohanan bola sepak tahunan yang diadakan dengan tujuan untuk meraikan ulang tahun kemerdekaan Malaysia. Kejohanan ini telah bermula sejak tahun 1957 dan merupakan kejohanan bola sepak jemputan yang tertua di Asia.

ARTIKEL BERKAITAN : “Thailand akan muncul juara Piala AFF” – Theerathon Bunmathan

Kali terakhir kejohanan ini dilangsungkan ialah pada 2013 yang mana skuad B-23 Tahun negara kendalian Datuk Ong Kim Swee berjaya muncul juara dengan menewaskan Myanmar pada perlawanan akhir dengan keputusan 2-0 menerusi jaringan Rozaimi Abdul Rahman dan Junior Eldstal.

 

Video Terkini

Loading...