Select Page

Theerathon Bunmathan di tangga ke-9 senarai 10 Pemain Terbaik Asia 2022

Theerathon Bunmathan di tangga ke-9 senarai 10 Pemain Terbaik Asia 2022

 

PEMAIN Thailand, Theerathon Bunmathan telah diletakkan pada tangga kesembilan senarai 10 Pemain Terbaik Asia 2022 mengikut ranking yang dikeluarkan oleh akhbar sukan Titan Sports yang berpangkalan di China.

Kapten skuad Gajah Perang yang berjaya membawa Thailand muncul juara Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 menewaskan Vietnam adalah antara faktor utama yang menyebabkan dia disenaraikan dalam senarai itu.

Teerathon ditangga kesembilan dengan 21 mata manakala pemain Korea Selatan dan Tottenham Hotspur, Son Heung-min di tangga teratas dengan 256 mata meninggalkan jauh Mehdi Taremi dari Iran di tangga kedua dengan 120 mata.

 

Tempat ketiga menjadi milik pemain Arab Saudi dan kelab Al-Hilal, Salem Al Dawsari dengan 112 mata manakala seorang lagi pemain Korea Selatan yang juga benteng kebal Napoli, Kim Min-jae di tangga keempat dengan 99 mata.

Lima pemain Jepun yang menjadi tunjang kejayaan Jepun di Piala Dunia 2022 masing-masing menduduki tempat kelima, keenam, ketujuh, kelapan dan kesepuluh dengan Theerathon terselit antara mereka berlima.

Theerathon yang baru menyambut ulang tahun kelahiran ke-33 pada 6 Februari lalu juga cemerlang di peringkat kelab apabila membantu Buriram United mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 18 perlawanan Liga Thailand setakat ini.

Berikut adalah senarai 10 Pemain Terbaik Asia 2022:

1. Son Heung-min (KOR) 256 mata

2. Mehdi Taremi (IRN) 120 mata

3. Salem Al Dawsawi (KSA) 112 mata

4. Kim Min-Jae (KOR) 99 mata

5. Kaoru Mitoma (JPN) 91 mata

6. Daiichi Kamada (JPN) 68 mata

7. Ritsu Doan (JPN) 47 mata

8. Takehiro Tomiyasu (JPN) 37 mata

9. Theerathon Bunmathan (THA) 21 mata

10. Wataru Endo (JPN) 18 mata

Video Terkini

Loading...