MANCHESTER United mempunyai cita-cita untuk menebus kekalahan 3-6 mereka di Stadium Etihad awal musim ini apabila menanti kunjungan Manchester City ke Old Trafford, malam esok.

United, yang kini dibezakan dua anak tangga dan empat mata di belakang City dalam carta Liga Perdana Inggeris telah dimalukan pada pusingan pertama Oktober lalu dengan kekalahan 0-4 ditempat lawan.

Erling Haaland dan Phil Foden masing-masing mencipta hatrik untuk memalukan United dan meninggalkan Erik ten Hag bagi merenung pengalaman derby pertama yang mengerikan.

Sejak itu, United telah membuat kemajuan yang ketara, hanya tewas satu daripada 18 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan.

Kemenangan mengatasi Charlton meneruskan rentatan kemenangan United.

Mereka kini dalam prestasi terbaik dengan lapan kemenangan berturut-turut dan kemenangan 3-0 ke atas pasukan Liga Satu Charlton Athletic pada suku akhir Piala Carabao telah meletakkan mereka di ambang perjalanan ke Wembley.

Empat perkara penting yang dilihat mengapa United  harus berasa yakin untuk mengekalkan kemenangan semasa menentang skuad bimbingan Pep Guardiola.

> Tidak pernah tewas sejak 8 September lalu.

Tidak tewas di tempat sendiri sejak tewas 1-0 kepada Real Sociedad dalam Liga Europa pada 8 September dan kini berada dalam kemenangan sembilan perlawanan di tempat sendiri, United telah menjadikan Old Trafford kembali sebagai kubu musim ini.

Situasi ini menjadi asas kemajuan United di bawah Ten Hag, sehinggakan anda kini menjangkakan United akan menang pada bila-bila masa mereka berada di tempat sendiri.

Tambahan pula, United telah mengatasi Arsenal (3-1), Liverpool (2-1) dan Tottenham Hotspur (2-0) di laman sendiri musim ini, mereka juga merupakan salah satu daripada tiga pasukan yang telah menghalang Newcastle United (0-0) daripada menjaringkan gol pada musim ini.

Rashford kini umpama mesin gol buat United.

> Prestasi memuncak Marcus Rashford

Sama ada anda Manchester City atau Mansfield Town, anda tidak mahu berhadapan dengan Marcus Rashford sekarang. Pemain antarabangsa England itu meledak tujuh gol dalam enam perlawanan terakhirnya sejak kempen disambung semula selepas Piala Dunia.

Dua golnya ketika menentang Charlton pada pertengahan minggu menandakan golnya yang ke-14 dan ke-15 musim ini untuk United dalam semua pertandingan, menyerlahkan betapa hebatnya kempen yang dinikmatinya.

City mungkin akan melakukan banyak kerja persediaan mereka untuk cuba menghalangnya, tetapi itu lebih mudah diucapkan daripada menyelesaikan tugas dengan bentuk yang dia ada sekarang.

Gandingan bersama Fernandes dan Eriksen dilihat nadi utama pasukan.

> Kehadiran Casemiro

Pemain berusia 30 tahun itu dengan cepat menjadi salah seorang pemain terpenting The Reds. Bekerja bersama Christian Eriksen dan Bruno Fernandes di Bahagian tengah, Casemiro telah mengubah bahagian tengah United dengan kedua-dua pertahanan dan hantaran yang luas.

Dia akan menjadi kunci untuk menghentikan Kevin De Bruyne daripada melakukan hantaran mencari Haaland dan akan menjadi sebahagian daripada rancangan besar Ten Hag untuk membimbing United menuju kejayaan malam esok.