PENJAGA Johor Darul Ta’zim (JDT), Haziq Nadzli dan isterinya, Eyra Hazali turut berkongsi kegembiraan kelab merangkul kejuaraan Piala FA 2022 Sabtu lalu.

Lebih manis, trofi kejuaraan itu merupakan yang pertama untuk dirinya, manakala koleksi kedua untuk JDT.

Menerusi perkongsian di Instagram Haziq, kejayaan kali ini turut dikongsi bersama isteri serta dua cahaya mata miliknya iaitu Muhammad Hayder Qhalish dan Muhammad Endra Haqimie meraikan kejayaan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sejak perpindahan Haziq dari pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke JDT pada Disember 2016, ia bagaikan mimpi menjadi realiti buat penjaga gol tersebut apabila namanya mula meniti di bibir peminat bola sepak tanah air.

Sepanjang penglibatannya sebagai pemain profesional, dia membuat 40 penampilan dan berjaya menikmati beberapa kejayaan bersama Harimau Selatan termasuk Piala Malaysia 2017, Liga Super Musim 2017/2018, Piala Sumbangsih 2022 dan terkini Piala FA 2022.

Haziq dilihat mempunyai potensi yang sangat besar kerana usianya yang masih muda dan kelebihan bersama antara kelab yang menjadi tumpuan antarabangsa ketika ini.