AKSI cemerlang di pusingan ketiga membolehkan pemain Ireland Shane Lowry memenangi BMW PGA, Terbuka Amerika Syarikat, gelaran pertamanya sejak memenangi kejohanan Terbuka 2019.
Birdie pada par lima lubang ke-18 di Wentworth itu, menyaksikan Shane Lowry mengumpul 65 pukulan 18 bawah par, satu di depan pemain Sepanyol Jon Rahm yang berkongsi kedudukan dengan pemain Ireland Utara Rory McIlroy, yang mencipta eagle pada lubang ke-18.
Kemenangan itu membolehkan Lowry memenangi AS$1.36 juta (RM6.1 juta).
“Kejuaraan ini amat bermakna, dan tahun ini sendiri agak baik buat saya kerana sudah beberapa kali menghampiri kejuaraan, kali ini saya benar-benar mahu mencuba dan memenangi satu kejuaraan,” katanya, kepada Sky Sports.
Aksi Terbuka Amerika Syarikat dikurangkan kepada tiga pusingan selepas permainan pada hari Jumaat dibatalkan berikutan kematian Ratu Elizabeth.
Dalam pada itu, permainan baik Rahm di sembilan lubang terakhir menyaksikan dia hanya melakukan 29 pukulan dengan lima birdie dan dua eagle sekali gus melonjakkannya ke kedudukan pendahulu.
Lowry pula berjaya mengelak bogey dalam tiga pusingan, selain melakukan satu eagle pada pusingan keempat, dan lima lagi birdie untuk dia dan Rahm berkongsi kedudukan kedua.