Select Page

Tular: Pengadil bola sepak diserang lelaki di Jerantut

Tular: Pengadil bola sepak diserang lelaki di Jerantut

SEORANG pengadil berdepan detik cemas diserang seorang lelaki semasa mengendalikan perlawanan suku akhir liga bola sepak di Padang FA Jerantut,  Pahang pada Jumaat.

Tindakan itu dipercayai berpunca daripada sikap tidak puas hati penyokong berkait dengan keputusan selepas menamatkan perlawanan dalam keadaan tegang.

Tular video berdurasi 41 saat itu memaparkan lelaki itu mengasari pengadil perlawanan dalam pertandingan bola sepak antara Rang Hill FC dan Tembeling United.

Pengadil itu kemudian lari menyelamatkan diri memasuki bilik persalinan sambil dibantu pemain lain.

@harrizfirdaus95

Ada mainan malam ni.. Mantakk RangHill FC ke Semifinal.. #PialaFAJerantut #ligaemasjerantut

♬ original sound – Harriz Firdaus – Harriz Firdaus

Aksi itu dimenangi Rang Hill FC dengan keputusan 1 -0. Pertandingan Piala FA dan Liga Emas Jerantut itu membabitkan 22 pasukan yang bermula pada September lalu dan dijangka berakhir pada pertengahan November ini.

FLASH SUKAN berharap kepada orang ramai supaya sentiasa mengamalkan semangat kesukanan yang tinggi dalam menghadiri apa jua jenis perlawanan sukan yang dianjurkan.

Hal ini bagi mengelakkan sebarang kecederaan atau kesalahan yang lebih serius dari berlaku pada masa akan datang.