KEJAYAAN Mohamad Aniq Kasdan mengharumkan nama Malaysia dalam arena sukan turut mendapat penghargaan daripada pihak UiTM.

Aniq yang merupakan atlet angkat berat lelaki cemerlang dengan angkatan keseluruhan 249kg untuk meraih pingat emas Sukan Komanwel 2022 di Birmingham pada Sabtu.

“Tahniah dan syabas diucapkan kepada Aniq yang merupakan pelajar dari Fakulti Sains Sukan Dan Rekreasi Universiti Teknologi MARA (UiTM),” kata kenyataan dari Pusat Sukan UiTM.