PRESIDEN Persatuan Pendidikan Sukan Hockey Kuala Lumpur (Hockademy) Datuk Seri Megat D.Shahriman Zaharudin telah menghantar surat ‘Undi Tidak Percaya’ terhadap Persatuan Hoki Kuala Lumpur (PHKL) bagi penggal 2022/2023 pada Ahad.
Menurutnya, sebagai ahli gabungan Persatuan Hoki Kuala Lumpur beliau telah menulis surat secara rasmi menyatakan kebimbangan yang mendalam mengenai prestasi dan keputusan yang dibuat oleh majlis.
“Selepas membuat pertimbangan yang teliti, kami telah memutuskan untuk mengeluarkan resolusi untuk ‘undi tidak percaya’ terhadap badan induk hoki Kuala Lumpur yang sekarang.
“Beberapa isu yang menjadi kebimbangan kami seperti masalah kekurangan ketelusan, gagal memberi respon terhadap keperluan ahli gabungan, mengabaikan tanggungjawab, dan pengabaian maklum balas dan peraturan.
“Memandangkan kebimbangan ini, kami percaya adalah perlu untuk menilai semula kepimpinan yang ada sekarang. Kami menggesa mereka untuk bertindak atas undi tidak percaya. Kami dengan serius dan mengambil tindakan tindakan segera untuk memulihkan kepercayaan dan akauntabiliti.
“Kami memilih untuk majlis itu mendengar sekutunya dan berusaha secara aktif ke arah penambahbaikan hoki Kuala Lumpur dan kini menggesa mereka berundur dengan bermaruah daripada disingkirkan,” jelasnya dalam satu kenyataan.
Konflik PHKL dengan ahli gabungan nampaknya masih belum ada jalan penyelesaian selepas tiga kali Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ditangguhkan tanpa alasan yang kukuh.
AGM yang baharu dijangka bakal berlangsung pada 23 Februari ini.