KEPUTUSAN untuk tidak menyertai Terbuka Arctic dan Denmark, membolehkan Man Wei Chong-Tee Kai Wun hadir ke Paris dengan prestasi lebih segar, selepas lolos ke pusingan kedua Terbuka Perancis.

Berdepan pasangan Korea, Kang Min Hyuk-Ki Dong Ju, mereka dilihat tidak berdepan masalah apabila menamatkan saingan dalam tempoh 27 minit, menerusi kemenangan 21-9, 21-13.

Kemenangan itu menyaksikan mereka bakal berdepan pasangan sensasi England, Ben Lane-Sean Vendy yang memgatasi beregu profesional negara, Nur Azryn Ayub-Tan Wee Kiong 21-14, 21-13 (32 minit).

Turut kandas di pusingan pertama, gandingan beregu campuran profesional, Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien yang tunduk kepada pilihan ketiga kejohanan asal Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran 17-21, 17-21 dalam masa 41 minit.

Lebih ramai pemain negara dijangka turun beraksi di pusingan pertama Terbuka Perancis, esok termasuk Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, Pearly Tan-M Thinaah dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.