PEMAIN perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia kembali tersenarai dalam Program Road to Gold (RTG) sebagai persediaan menghadapi Sukan Olimpik Los Angeles 2028, biarpun pernah menolak pelawaan menyertai program tersebut.
Penyenaraian itu diumumkan oleh Penyelaras Projek RTG, Datuk Stuart Ramalingam yang turut memaklumkan bahawa seramai 16 atlet terpilih dalam fasa pertama RTG, termasuk 13 dari sukan badminton, dua dari sukan berbasikal dan seorang dari angkat berat.
Stuart berkata, pihaknya mengambil masa dua minggu untuk menyelaras keperluan program dan menyampaikan maklumat kepada setiap persatuan sukan dan atlet sebelum mesyuarat penyelarasan diadakan hujung Mei ini.

Datuk Stuart Ramalingam mengumumkan senarai awal 16 atlet yang bakal ditawarkan ke dalam Program Road to Gold.
Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menjelaskan bahawa pemilihan atlet dibuat berdasarkan kriteria ketat oleh jawatankuasa RTG, dan prestasi atlet akan dinilai secara berterusan sepanjang tempoh menuju ke Olimpik 2028.
Bagi memastikan hala tuju program lebih terarah, beberapa penanda aras tahunan ditetapkan termasuk sasaran berada dalam kelompok 10 terbaik dunia tahun ini, diikuti lapan terbaik pada 2026, empat terbaik dan kelayakan merit Olimpik pada 2027, serta mengekalkan prestasi puncak pada 2028.
Setiap atlet yang tersenarai juga perlu mematuhi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang akan dibincangkan bersama jurulatih dan persatuan sukan masing-masing.
Mesyuarat pertama RTG turut disertai Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, turut memilih lima atlet tambahan bagi program ‘fast track’, terdiri daripada dua atlet skuasy dan tiga dari memanah.
SENARAI ATLET ROAD TO GOLD
Badminton
1. Aaron Chia
2. Soh Wooi Yik
3. Lee Zii Jia
4. Pearly Tan
5. M Thinaah
6. Chen Tang Jie
7. Toh Ee Wei
8. Goh Sze Fei
9. Nur Izzuddin Rumsani
10. Goh Soon Huat
11. Shevon Lai
12. Man Wei Chong
13. Tee Kai Wun
Basikal
1. Mohd Shah Firdaus Sahrom
2. Nurul Izzah Izzati Mohd Asri
Angkat Berat
1. Mohd Aniq Kasdan
Senarai Atlet Fast Trek
Skuasy
1. Ng Eain Yow Skuasy
2. S Sivasangari
Memanah
1. Ariana Nur Dania
2. Syaqiera Mashayikh
3. Nurul Azreena Fazil