EMPAT beregu lelaki terbaik negara disenaraikan ke Sukan SEA Thailand sekali gus jadi taruhan panas perburuan emas.

Ketua jurulatih, Herry Iman Pierngadi mengesahkan senarai itu membabitkan Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, Arif Junaidi-Roy King serta Choong Hon Jian-Haikal Nazri.

Man Wei Chong-Tee Kai Wun kini beregu lelaki nombor 2 negara.

“Untuk Sukan SEA nanti, empat beregu ini sudah masuk senarai panjang, tunggu BAM tentukan siapa turun gelanggang,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM).

Menurutnya, BAM akan tentukan hala tuju – sama ada menurunkan beregu senior demi emas atau beri ruang buat gandingan muda.

Arif Junaidi-Yap Roy King mempamerkan pe ingkatan ketara prestasi di Kejohanan Jelajah Dunia.

“Kalau nak emas, hantar yang terbaik, kalau nak regenerasi, pasangan muda pun ada peluang,” katanya lagi.

Haikal Nazri-Hon Jian masih mencari ruang untuk kembali ke prestasi terbaik.

Sebelum ini Aaron ada menyatakan mahu fokus kepada saingan Jelajah Dunia Akhir dan mahu tugasan di temasya sukan serantau itu diberi kepada pemain muda.

Hingga kini, BAM belum membuat kenyataan mengenai sasaran ke Sukan SEA Thailand.