PIALA Sultan Selangor kembali berlangsung di Stadium Merdeka edisi ke-21 dengan perlawanan berkesudahan 2-1 antara Pilihan Selangor dan Pilihan Singapura.

Selangor membuka jaringan pada minit ke-20 hasil jaringan Harry Danish selepas hantaran daripada Faisal Halim.

Singapura menyamakan kedudukan sebelum akhir babak pertama apabila Takumi Yokohata menyempurnakan peluang jarak dekat.

Pada separuh masa kedua, kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan yang sengit namun Selangor diberikan sepakan penalti pada masa kecederaan.

Pemain gantian, Chrigor Moraes tenang menyempurnakan sepakan penalti untuk memberi kemenangan dramatik untuk pasukan The Red Giants.

Kejayaan ini juga menandakan kemenangan ke-12 buat Pilihan Selangor dalam 21 edisi Piala Sultan Selangor sejak pertama kali diadakan pada 2001.

Piala Sultan Selangor sekali lagi menyerlahkan semangat persaingan dan hubungan erat bola sepak antara Selangor dan Singapura.

Kredit gambar: Sosial Media Selangor FC