BATA membuktikan komitmennya terhadap kemajuan dan perpaduan negara apabila terus menaja program berprestij “Walk with the Al-Sultan Abdullah, King of Sports” di Stadium Merdeka, pada Rabu.

Acara penuh makna itu dipimpin sendiri oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Tengku Ampuan Pahang, Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Lebih 150 legenda sukan negara diraikan, termasuk Datuk Santokh Singh, Datuk Soh Chin Ann, Datuk Rashid Sidek dan Datuk Leong Mun Yee yang pernah mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.

Menerusi majlis itu, Al-Sultan Abdullah berkenan mengurniakan sumbangan RM100,000 menerusi Yayasan Al-Sultan Abdullah, kepada dua badan kebajikan bekas atlet sebagai tanda penghargaan terhadap jasa mereka.

Rabi Hasnabi, Pengarah Urusan BATA Malaysia dan Singapura menyampaikan kasut jenama itu kepada Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Tengku Ampuan Pahang, Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Pengarah Urusan BATA Malaysia dan Singapura, Rabi Hasnabi berkata, BATA bangga menjadi sebahagian daripada inisiatif diraja yang mengangkat semangat kesukanan dan perpaduan rakyat.

“Melihat wira sukan negara berjalan bersama Paduka Baginda amat menginspirasikan kami untuk terus menyokong gaya hidup sihat dan komuniti yang kuat,” katanya.

Sokongan BATA terhadap program diraja ini sekali lagi membuktikan jenama itu bukan sekadar kasut, tetapi simbol perjalanan, semangat dan kebanggaan rakyat Malaysia.