KONTINJEN Malaysia di Sukan SEA Vietnam memperoleh emas ke-35 selepas Nurul Syasya Nadiah Ariffin muncul juara acara 10m pistol angin wanita.
Atlet berusia 19 tahun itu mencatatkan 239.3 mata di Pusat Sukan Negara di Hanoi pada Jumaat. Ini adalah penyertaan sulung Syasya dalam Sukan SEA.
Tanyaporn Prucksakorn dari Thailand memenangi perak dengan 238.7 mata.
Trinh Thu Vinh dari Vietnam mendapat gangsa dengan 214.1 mata.