PEMAIN badminton para lelaki negara, Cheah Liek Hou menerima pengiktirafan besar daripada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) apabila dinobat sebagai pemain terbaik lelaki para 2025, pada Malam Gala BWF, di Hangzhou, China.

Liek Hou yang mempertahan pingat emas Paralimlik Paris, tahun lalu kekal sebagai pemain no. 1 dunia kategori SU5 dan telah meraih 5 gelaran tahun ini.

Lebih manis, Liek Hou turut dinobatkan sebagai pemain beregu lelaki para terbaik 2025, bersama Muhammad Fareez Anuar.