LEE Zii Jia memilih lawan berpengalaman untuk menghapus badi tewas di pusingan pertama kejohanan Jelajah Dunia, selama hampir setahun, ketika melangkah ke pusingan kedua, Masters Indonesia sebentar tadi.

Sejak ke suku akhir Masters Orleans, Perancis Mac tahun lalu, pemenang pingat gangsa Olimpik Paris itu gagal melepasi pusingan perta berturut-turut sehingga Terbuka India, minggu lalu.

Pemain profesional negara itu, mempamerkan aksi memberangsangkan di Istora Senayan, apabila hanya mengambil masa 35 minit untuk menewaskan pemain ranking ke-35 dunia dari India, HS Pranoy, 21-19, 21-11.

Zii Jia yang kini berada di ranking ke-103 dunia akan berdepan pemain muda Thailand, Panitchaphon Teeraratsakul di pusingan kedua esok.