“KEMENANGAN penting,” itulah ungkapan spontan dari Pengarah Kejurulatihan Perseorangan, Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenneth Jonassen ketika diminta mengulas prestasi memberangsangkan pemain wanita, K Letshanaa yang mara ke separuh akhir Masters Indonesia.
Malah, kemaraan Letshana itu disifatkan amat bermakna buat skuad negara.
“Very positive, an important win for her and the team,” kata Kenneth ringkas, mengulas prestasi perseorangan wanita negara di
Istora Senayan, Jakarta selepas menyingkirkan wakil Taiwan, Huang Yu Hsun.
Dalam aksi suku akhir itu, Letshanaa yang berada di ranking ke-42 dunia mempamerkan permainan bertenaga dan berdisiplin untuk mencatat kemenangan straight set 21-17, 21-18 dalam tempoh 40 minit.
Lawannya di separuh akhir esok, pemain berusia 19 tahun, Pitchanon Opatniputh dari Thailand yang kini menghuni ranking ke-36 dunia.
Turut ke separuh akhir, beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang menang ke atas fandingan Singapura/Indonesia, Terry Hee-Gloria Emmanuelle Widjaja 21-16, 21-19 dan akan bertemu Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin dari China esok.
Sementara beregu wanita nombor dua dunia, Pearly Tan-M Thinaah mengatasi pasangan Korea Selatan, Kim Yu Jung-Lee Yu Lim, 21-15, 21-9 menanti pemenang perlawanan antara, Hsu Ya Ching-Sung Yu Hsuan (Taiwan) dan Lanny Tria Mayasari-Apriyani Rahayu (Indonesia).