JURULATIH Sepak Takraw SUKMA Perak, Suhairi Abd Aziz akui faktor kejayaan adalah disebabkan semangat juang dan kemahiran menyerap tekanan pasukan lawan.
Jelasnya, dia mengingatkan pemain supaya sentiasa fokus dan bermain sebagai sebuah unit dan membentuk ketahanan mental yang kuat.
“Faktor kejayaan adalah semangat juang yang tinggi di kalangan pemain. Kemudian, fari segi pengalaman mereka yang mampu menyerap tekanan di saat genting tadi.
“Saya cuma beritahu pemain untuk sentiasa fokus, walau dalam apa keadaan, ketinggalan mahupun mendahului. Saya rasa kita perlu fokus kepada perlawanan dan bermain sebagai suatu unit. Kita gabungkan semua elemen dan dari segi mental juga harus bersiap,” katanya ketika ditemubual FLASH SUKAN.

Sementara itu, pemain Sepak Takraw SUKMA Perak, Muhamad Faris Syahmi Mohd Jamsari menyifatkan sorakan penyokong merupakan antara kunci kejayaan pasukan Perak menempah tiket bertemu Terengganu di perlawanan akhir.
Jelasnya, SUKMA kali ini merupakan debutnya di peringkat kompetitif dan tidak diletakkan sebarang harapan untuk menyinar, namun segala-galanya berjaya disangkal dengan kesungguhan yang tinggi pemain.
“Saya baru debut SUKMA, jurulatih tidak letakkan harapan tinggi cuma dia hanya beri strategi sahaja untuk masukkan Zarif dalam regu kedua. Di regu ketiga, dia kata cuba yang terbaik untuk menang.
“Faktor kejayaan adalah sokongan daripada ULTRAS, dari kawan-kawan dan kami lakukan apa yang kami boleh. Strategi yang jurulatih bagitahu kami kerana Pulau Pinang memiliki pemain negara dan pengalaman memang luas,” katanya.