PERJALANAN beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik memburu kejuaraan di Kejohanan Badminton Dunia 2026 diteruskan manakala pasangan Goh Sze Fei-Nur Izzudin terpaksa akur dengan kekalahan di saingan suku akhir.
Beregu lelaki nombor empat dunia, Aaron Chia-Wooi Yik, terus garang di Kejohanan Badminton Dunia 2026 apabila berjaya mara ke separuh akhir selepas menewaskan beregu lelaki China, Hu Ke Yuan-Lin Xiang Yi dalam tempoh 35 minit.
Pasangan beregu negara itu menampilkan aksi cemerlang dan kemas sejak awal permainan sebelum mencatat kemenangan straight set 21-11, 21-17.
Kemenangan ini membuktikan konsistensi mereka apabila terus mengekalkan rekod 3-0 dalam semua pertemuan menentang pasangan China itu.
Rekod tersebut bakal menjadi suntikan semangat buat bekas juara beregu lelaki Kejohanan Badminton Dunia 2022 itu dalam usaha merampas kembali takhta dunia.
Dalam pada itu, sebaliknya yang berlaku buat pasangan Sze Fei-Izzudin apabila terpaksa akur langkah mereka terhenti di pusingan suku akhir selepas tewas di tangan beregu lelaki nombor satu dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae.
Sze Fei-Izzudin yang hadir sebagai pilihan bukan pilihan utama untuk meraih kemenangan tewas dalam tempoh 41 minit menerusi kekalahan straight set 16-21, 16-21.
Sementara itu, Aaron Chia-Soh Wooi Yik bakal tampil sebagai underdog di separuh akhir apabila dijadualkan berdepan pasangan Korea Selatan itu dalam misi memburu kejuaraan dunia.
Kredit Gambar: Facebook Rasmi Badmintom Association of Malaysia