PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini telah menamakan senarai akhir 23 pemain yang di bawa dalam mengharungi cabaran kejohanan Piala Mitsubishi Electric AFF 2022.

Lima pemain itu yang berada dalam senarai 28 pemain, kali ini tidak tersenarai oleh ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon.

“Pemain dimaksudkan adalah penjaga gol, Azri Ab Ghani, Kogileswaran Raj, Ramadhan Saifullah Usman, Aliff Izwan Yuslan serta Dion Cools (urusan peribadi),” tulis kenyataan rasmi FAM pada Jumaat.

Pasukan kendalian Pan-gon memulakan kempen kempen Kumpulan B bertemu Myanmar di Yangon pada 21 Disember 2022 diikuti menentang Laos di Bukit Jalil, 24 Disember 2022.

Kemudian, kem Harimau Malaya terbang ke Vietnam (Hanoi) pada 27 Disember 2022 dan mengakhiri peringkat kumpulan melayan kunjungan musuh lama, Singapura di Bukit Jalil, 3 Januari 2023.

ARTIKEL BERKAITAN : “Pemilihan senarai akhir 23 pemain berdasarkan kesesuaian taktikal, bukannya individu” – Kim Pan Gon

Jika berjaya menduduki dua tempat teratas dalam kumpulan, saingan separuh akhir akan berlangsung secara timbal balik pada 6 atau 7 Januari 2023 dan 9 atau 10 Januari 2023.

Manakala aksi final timbal balik dijadual pada 13 dan 16 Januari 2023.