TRENDING:

Flash Sukan menemui anda!
Terengganu FC ‘guris’ rekod Sri Pahang di K...
Disebalik kempunan piala di Chiang Mai, ada petanda pos...
Flashsukan.com.my
  • Harimau Malaya
    • Featured

      Dion Cools Teruja Bawa Harimau Malaya Hadapi Cabaran FIFA ASEAN Cup

      Dion Cools Teruja Bawa Harimau Malaya Hadapi Cabaran FIFA ASEAN Cup

      Sep 24, 2026 | Harimau Malaya
    • Featured

      Cheng Hoe Mahu Harimau Malaya Mulakan FIFA ASEAN Cup Dengan Kemenangan

      Cheng Hoe Mahu Harimau Malaya Mulakan FIFA ASEAN Cup Dengan Kemenangan

      Sep 24, 2026 | Harimau Malaya
    • Featured

      RTM Sah Jadi Penyiar Rasmi FIFA ASEAN Cup 2026

      RTM Sah Jadi Penyiar Rasmi FIFA ASEAN Cup 2026

      Sep 24, 2026 | Harimau Malaya
  • Hoki
  • Badminton
    • Featured

      Sukan Asia 2026: Kejutan Jun Hao Tak Cukup, Malaysia Terkandas Di Tangan Indonesia

      Sukan Asia 2026: Kejutan Jun Hao Tak Cukup, Malaysia Terkandas Di Tangan Indonesia

      Sep 22, 2026 | Badminton
    • Featured

      Sukan Asia 2026: Korea Selatan Tamatkan Cabaran Malaysia, Badminton Wanita Terkandas Di Suku Akhir

      Sukan Asia 2026: Korea Selatan Tamatkan Cabaran Malaysia, Badminton Wanita Terkandas Di Suku Akhir

      Sep 22, 2026 | Badminton
    • Featured

      Badminton: Malaysia Mudah Tundukkan Mongolia, Indonesia Menanti Di Suku Akhir

      Badminton: Malaysia Mudah Tundukkan Mongolia, Indonesia Menanti Di Suku Akhir

      Sep 21, 2026 | Badminton
  • Liga Malaysia
    • Featured

      JDT Lancar JDT+, Platform Keahlian Premium Dengan Kandungan Eksklusif

      JDT Lancar JDT+, Platform Keahlian Premium Dengan Kandungan Eksklusif

      Sep 22, 2026 | Liga Malaysia
    • Featured

      Ab Ghani Bakal Tinggalkan MFL, Mahu Fokus Sepenuhnya Kepada FAM

      Ab Ghani Bakal Tinggalkan MFL, Mahu Fokus Sepenuhnya Kepada FAM

      Sep 17, 2026 | Harimau Malaya, Liga Malaysia
    • Featured

      Lee Tuck Kembali Ke Malaysia, Pilih Kelantan City FC

      Lee Tuck Kembali Ke Malaysia, Pilih Kelantan City FC

      Sep 15, 2026 | Liga Malaysia
  • Global
    • Featured

      Kartal Angkat Kaki Selepas Jadi Sasaran Balingan Botol

      Kartal Angkat Kaki Selepas Jadi Sasaran Balingan Botol

      Sep 11, 2026 | Bola Sepak, Global
    • Featured

      Arteta Puji Odegaard, Arsenal Buka Kempen UCL Dengan Kemenangan

      Arteta Puji Odegaard, Arsenal Buka Kempen UCL Dengan Kemenangan

      Sep 10, 2026 | Bola Sepak, Global
    • Featured

      Iraola Lega Selepas Barcola Terhindar Kecederaan Serius

      Iraola Lega Selepas Barcola Terhindar Kecederaan Serius

      Sep 10, 2026 | Bola Sepak, Global
  • EPL
  • E-Sukan
  • Ekstra Flash
    • Featured

      Sukan Asia 2026: Malaysia Selangkah Untuk Menggapai Emas, Tewaskan Indonesia Dalam Aksi Dramatik

      Sukan Asia 2026: Malaysia Selangkah Untuk Menggapai Emas, Tewaskan Indonesia Dalam Aksi Dramatik

      Sep 24, 2026 | Ekstra Flash
    • Featured

      108 Pasukan Gegarkan Karnival Ragbi Johor 2026

      108 Pasukan Gegarkan Karnival Ragbi Johor 2026

      Sep 22, 2026 | Ekstra Flash
    • Featured

      Sukan Asia 2026: Adeola Sumbang Emas Pertama Buat Malaysia

      Sukan Asia 2026: Adeola Sumbang Emas Pertama Buat Malaysia

      Sep 22, 2026 | Ekstra Flash
  • Kenali Kami

Select Page

Penggantungan Kafa oleh FAM sah – Peguam

Posted by FAHMI ISMAEL | Dec 25, 2024 | Liga Malaysia

Penggantungan Kafa oleh FAM sah – Peguam

ISU penggantungan Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terus mencuri perhatian peminat bola sepak tempatan.

Pelbagai komen di media sosial mempersoalkan tindakan ini, dengan ada yang berpendapat bahawa keputusan menggantung Kafa sehingga pemilihan baharu diadakan semula sepatutnya diputuskan oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS), seperti kes Persatuan Bolasepak Perak (Pafa) sebelum ini.

Namun, situasi ini berbeza menurut peguam undang-undang sukan, Zhafri Aminurashid.

“Kes Pafa berlaku pada tahun 2022, sebelum wujudnya Peraturan-Peraturan Pembangunan Sukan (Tatacara Dalaman bagi Penyelesaian Pertikaian Dalam Badan Sukan) yang mula berkuat kuasa selepas kes tersebut.

“Menurut peraturan ini, badan sukan diwajibkan menyelesaikan sebarang pertikaian dalaman mengikut tatacara yang termaktub dalam statut atau perlembagaan masing-masing. Hanya jika gagal, pertikaian boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Pertikaian Sukan,” tulisnya menerusi catatan di Facebook.

Mengulas lanjut, dalam kes KAFA, badan itu didapati telah melanggar Artikel 16(1)(ix) Statut FAM, iaitu gagal memastikan pemilihan diadakan mengikut prosedur yang menjamin kebebasan sepenuhnya.

“Oleh itu, pemilihan yang berlangsung dianggap tidak sah, sekali gus membatalkan semua pelantikan jawatan.

“FAM, setelah meneliti perkara ini, memutuskan untuk menggantung keahlian Kafa sehingga pemilihan baharu diadakan.

“Ramai mempersoalkan mengapa keputusan hanya dibuat sekarang, sedangkan pemilihan Kafa berlangsung pada 20 Julai 2024. Difahamkan, aduan awal telah dibuat kepada PPS oleh tiga entiti berkepentingan,” tambahnya.

PPS, pada September 2024, mengarahkan FAM untuk menyelesaikan aduan tersebut terlebih dahulu sebelum ia dirujuk semula kepada PPS.

Tempoh dua bulan yang diambil FAM untuk menyelesaikan aduan ini dianggap wajar, malah lebih pantas berbanding kebiasaan kes lain yang biasanya memakan masa tiga hingga enam bulan.

“Namun, proses ini tetap boleh diperbaiki untuk mengelakkan kelewatan, memandangkan tempoh penyelesaian sering menjadi perbualan di kalangan netizen,” katanya lagi.

Penggantungan ini bukanlah pengakhiran buat bola sepak Kelantan. Ia bersifat sementara dan boleh diselesaikan melalui pematuhan perlembagaan Kafa.

 

Share:

PreviousBarisan baharu pencalonan AGM PHKL sedia pikul tugas
NextSeramai 33 atlet sepak takraw terpilih sertai Program Podium 2025

Related Posts

Fandi Ahmad hanya tumpu tugasan, tak peduli cakap penyokong

Fandi Ahmad hanya tumpu tugasan, tak peduli cakap penyokong

August 15, 2024

AFL: Kuala Kangsar BRM FC tarik diri selepas sembilan perlawanan

AFL: Kuala Kangsar BRM FC tarik diri selepas sembilan perlawanan

June 20, 2023

Pusingan 16 Piala FA : Pertembungan JDT, PDRM ibarat ‘langit dan bumi’, peluang kelab M3 cipta kejutan

Pusingan 16 Piala FA : Pertembungan JDT, PDRM ibarat ‘langit dan bumi’, peluang kelab M3 cipta kejutan

April 13, 2023

Liga Malaysia 2023 : Pemain import Maghribi pernah bermain di Qatar dalam radar Sang Kenari ?

Liga Malaysia 2023 : Pemain import Maghribi pernah bermain di Qatar dalam radar Sang Kenari ?

December 12, 2022

TERKINI

  • Dion Cools Teruja Bawa Harimau Malaya Hadapi Cabaran FIFA ASEAN Cup
    Dion Cools Teruja Bawa Harimau Malaya Hadapi Cabaran FIFA ASEAN Cup
    Sep 24, 2026 | Harimau Malaya
  • Cheng Hoe Mahu Harimau Malaya Mulakan FIFA ASEAN Cup Dengan Kemenangan
    Cheng Hoe Mahu Harimau Malaya Mulakan FIFA ASEAN Cup Dengan Kemenangan
    Sep 24, 2026 | Harimau Malaya
  • RTM Sah Jadi Penyiar Rasmi FIFA ASEAN Cup 2026
    RTM Sah Jadi Penyiar Rasmi FIFA ASEAN Cup 2026
    Sep 24, 2026 | Harimau Malaya
  • Sukan Asia 2026: Malaysia Selangkah Untuk Menggapai Emas, Tewaskan Indonesia Dalam Aksi Dramatik
    Sukan Asia 2026: Malaysia Selangkah Untuk Menggapai Emas, Tewaskan Indonesia Dalam Aksi Dramatik
    Sep 24, 2026 | Ekstra Flash
  • Sukan Asia 2026: Speedy Tigers Mengganas, Pakistan Jadi Sasaran Seterusnya
    Sukan Asia 2026: Speedy Tigers Mengganas, Pakistan Jadi Sasaran Seterusnya
    Sep 24, 2026 | Hoki

Video Terkini

Loading...
  • “KPG tak kenang budi FAM”
  • Faktor Megat D.Shahriman minat beli KL City FC
  • Selamat Tinggal 2023! Ini antara kisah-kisah yang menjadi tumpuan pembaca Flash Sukan
  • “Kalau bukan kerana beliau kita tidak berada di tempat sekarang”
  • “Sedih tengok coach kecewa” – Matt Davies