AARON Chia-Soh Woo Yik bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Wesley Koh-Junsuke Kubo dalam kejohanan Perodua Malaysia Masters 2026 yang berlangsung di Unifi Arena.

Aaron Chia-Soh Woo Yik dikejutkan pada perlawanan set pertama selepas ditewaskan dengan skor 19-21.

Pada set seterusnya, permainan Aaron Chia-Soh Woo Yik kelihatan dominan dengan pembawaan permainan yang  pantas dan ia jelas berhasil dengan set kedua berpihak pada mereka.

Mereka berjaya mengekalkan tempo perlawanan untuk mengutip kemenangan set penentuan dengan keputusan 21-12.

Mereka ketika ditemu ramah berkata pihak lawan bermain sangat baik pada perlawanan set pertama dan mereka yang bermain kurang baik. 

“Pada set terakhir, pihak lawan banyak membuat kesilapan dan kami mengambil peluang itu,” kata Soh Woo Yik.

Menurut mereka juga,, fokus mereka bukanlah mencari kemenangan kejohanan pertama mereka bagi tahun ini tetapi lebih menfokuskan kepada kejohanan utama yang lain.

Mereka juga menyebut bahawa Olimpik tahun hadapan menjadi keutamaan mereka bagi di samping beberapa kejohanan utama tahun ini.

Aaron Chia-Soh Woo Yik pada kejohanan Perodua Malaysia Masters 2025 memperlihatkan prestasi yang baik, di mana mereka berjaya melangkah ke final.

Sumber Gambar: BAM