AKSI cemerlang dipamerkan oleh Sze Fei-Izzudin selepas berjaya menewaskan Erwiansyah-Maulana dalam kejohanan Perodua Malaysia Masters 2026 yang berlangsung di Stadium Axiata Arena, sebentar tadi.
Sze Fei-Izzudin pada kejohanan Perodua Malaysia Masters 2025 yang lepas hanya berjaya sampai ke pusingan suku akhir, kini memburu kejayaan pada edisi terkini.
Sejak awal permainan,Sze Fei-Izzudin tampil agresif dengan corak permainan pantas dan berjaya mengawal tempo perlawanan untuk mengutip kemenangan straight set dengan keputusan 21-16,21-14.
Sze Fei ketika ditemu ramah selepas perlawanan berkata perlawanan tadi bukanlah satu perlawanan yang mudah dan pihak lawan banyak memberi masalah kepada mereka
Menurut mereka, kemenangan itu menjadi suntikan semangat buat pasukan untuk menghadapi perlawanan seterusnya selain memperbaiki kedudukan dalam saingan kejohanan.
Perfoma pada perlawanan sebentar tadi menyaksikan beregu negara itu terus berada pada landasan terbaik untuk memburu gelaran dalam kejohanan kali ini.
Dalam masa sama, kemenangan tersebut akan memperlihatkan perlawanan di antara dua beregu lelaki negara di pusingan ke-16 di mana Sze Fei-Izzudin akan bertemu dengan Chia Weijie-Teo Ee Yi.
“Tiada kelebihan oleh mana mana pihak dan perlawanan ini baik untuk pasukan Malaysia,” kata Sze Fei.