BEREGU lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik, sekali lagi membuktikan kejaguhan apabila muncul juara Terbuka Singapura bertaraf Super 750, selepas menumpaskan gandingan Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae 15-21, 21-18, 21-19 di final, sebentar tadi.
Biarpun bermula perlahan di set pertama, Aaron-Wooi Yik tidak mudah mengalah. Mereka bangkit dengan aksi lebih tersusun dan penuh disiplin dalam dua set berikutnya untuk mengesahkan kejuaraan ketiga musim ini, selepas menjuarai Kejohanan Asia dan Terbuka Thailand sebelum ini.
Lebih manis, ia juga final keempat berturut-turut buat mereka, satu petanda jelas bahawa beregu negara itu, kini dalam prestasi terbaik mendominasi dunia.
Menerusi kemenangan itu, mereka meraih wang kemenangan AS$74,000 (RM314,980).