JOSE Mourinho mengesahkan berita bahawa dia akan melatih Fenerbahce musim depan. Namun, katanya, masih ada proses yang perlu diselesaikan sebelum dapat berpindah ke sana.
Beliau menyatakan demikian ketika tiba di Wembley, London untuk menjadi pundit dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara antara Borussia Dortmund dan bekas kelabnya, Real Madrid awal pagi Ahad.
Jurulatih Portugal itu sememangnya menyatakan hasratnya untuk berpindah ke Turkiye.
“Belum, belum. Saya memutuskan saya mahu ke sana tetapi semuanya belum selesai. Saya belum boleh mengesahkan berita itu secara rasmi, tetapi ya, saya mahu ke sana,” kata Mourinho kepada Sky Sports.
Dünyanın En Büyük Spor Kulübünün Büyük Taraftarı!
Planlarınız iptal olduysa yeni planı paylaşıyoruz. 😌🙃
2 Haziran Pazar saat 19.00’da stadımızda buluşuyoruz!💛💙 pic.twitter.com/jPOcSnzpZL
— Fenerbahçe SK (@Fenerbahce) June 1, 2024
Beberapa jam sebelum itu, Fenerbahce telah memberikan berita bahawa mereka sedang menghampiri pemilik dua gelaran Liga Juara-Juara.
“Rundingan telah bermula dengan Jose Mario Dos Santos Mourinho Felix untuk jawatan jurulatih,” tulis kenyataan kelab.
Mourinho menganggur selepas dipecat oleh AS Roma pada Januari. Bersama Giallorossi, dia memenangi trofi Liga Konferensi Europa pada 2022, tetapi tewas dalam perlawanan akhir Liga Europa kepada Sevilla setahun kemudian.
Mourinho akan ditugaskan untuk membawa Fenerbahce kembali menjadi juara Liga Turkiye, yang kali terakhir mereka menangi 10 tahun lalu. Pada musim 2023-24, mereka menduduki tempat kedua di belakang Galatasaray dengan tiga mata.