PERSATUAN Hoki Kuala Lumpur (PHKL) bersama peguam mereka, Datuk Michael Wong, mengambil tindakan tegas terhadap isu pemalsuan borang pencalonan dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-28.

Dalam sidang media yang diadakan, Presiden PHKL, I. Vickneswaran, menegaskan bahawa laporan polis telah dibuat terhadap Datuk Seri Megat Shahriman dan Hockademy berhubung dakwaan pemalsuan dokumen rasmi.

Menurut Michael, siasatan mendalam mendapati bahawa salah satu borang pencalonan mengandungi tandatangan palsu individu yang dinamakan Regina Allan Netto.

Zaidatul Syukriyah Abd Malik S mendakwa dirinya sebagai bekas atlet kebangsaan, namun hasil semakan mendapati dia hanya pernah menyertai kejohanan peringkat negeri.

Kelab yang dibulatkan dan ditanda (KL Social & Kelab Sukan Felda dalam borang pecalonan tidak wujud kata Presiden KLHA, I. Vickneswaran.

Regina sendiri tampil memberi kenyataan bahawa dia tidak pernah memberikan kebenaran untuk pencalonan tersebut, dan tandatangannya didapati berbeza daripada yang tertera pada borang.

“Kami telah membuat pemeriksaan terhadap dokumen yang dikemukakan dan mendapati wujud beberapa percanggahan.

“Paling mengejutkan, terdapat tandatangan palsu dalam dokumen rasmi pencalonan. Ini satu tindakan yang tidak berintegriti dan menjejaskan kredibiliti persatuan,” kata Michael.

KLHA juga mendapati bahawa beberapa pencalonan dari Hockademy adalah bermasalah.

Salah satu pencalonan melibatkan individu yang mendakwa dirinya sebagai bekas atlet kebangsaan, namun hasil semakan mendapati dia hanya pernah menyertai kejohanan peringkat negeri. Tambahan pula, terdapat pencalonan dari kelab yang tidak berdaftar dengan KLHA.

“Ini adalah isu serius kerana integriti sukan seharusnya dijaga. Jika seseorang itu mendakwa dirinya bekas atlet kebangsaan tanpa rekod, ini adalah satu pembohongan yang tidak boleh diterima,” tambah Vickneswaran.

Dalam mesyuarat tergempar yang diadakan, Majlis Tertinggi PHKL memutuskan untuk menolak keseluruhan pencalonan dari HockAcademy dan menggantung penyertaan kelab tersebut sehingga siasatan selesai.

“Keputusan ini dibuat sebulat suara oleh kaunsil. Kami tidak boleh berkompromi dengan integriti. Ini bukan hanya soal pemalsuan dokumen, tetapi juga melibatkan isu etika yang sangat serius,” ujar Vikneswaran.

Laporan polis telah dibuat di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman terhadap pemalsuan dokumen bagi tujuan penipuan.

Laporan polis telah dibuat di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman terhadap pemalsuan dokumen bagi tujuan penipuan.

KLHA turut menggesa pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) untuk mengambil perhatian serius terhadap isu ini. Mereka berharap langkah-langkah kawalan yang lebih ketat dapat diperkenalkan untuk memastikan kejadian seperti ini tidak berulang.

“Kami mahu memastikan bahawa sukan tetap menjadi platform yang bersih dan positif. Kami menyeru kepada pihak berkepentingan, termasuk menteri sukan, untuk menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang terlibat,” kata Vickneswaran.

Isu ini mencerminkan cabaran yang dihadapi dalam memastikan integriti dalam organisasi sukan di Malaysia. Sebagai badan induk, KLHA menunjukkan komitmen untuk mengekalkan keadilan dan ketelusan dalam proses pemilihan.

Vickneswaran menutup sidang media dengan menegaskan bahawa sukan seharusnya menjadi medan yang bersih dan menjunjung nilai-nilai positif. Beliau turut berharap agar isu ini menjadi pengajaran kepada semua pihak yang terlibat dalam sukan di Malaysia.