Foto kredit: KDAFC
KETUA Pegawai Eksekutif Kedah Darul Aman FC, Khamal Idris Ali menganggap isu pemain pinjamanan Syafiq Ahmad yang dipanggil kembali ke kelabnya (JDT) adalah perkara yang tidak boleh dihalang.
Menurut Khamal, Syafiq hanyalah pemain pinjaman bersama KDA musim ini dan mengakui ketiadaannya selepas ini sudah terasa.
“Ketiadaannya dalam pasukan selepas ini akan dirasai tetapi sudah ada pengganti, iaitu anak Kedah sendiri.
“Dia hanya pemain pinjaman sahaja… kalau majikan mahu dia kembali kita tidak boleh halang.
“Dan Kedah terpaksa meneruskan tanpa penyerang terbaik tanah air, tetapi kata pepatah ‘patah tumbuh, hilang berganti,” kongsi Khamal kepada FLASH SUKAN.

Syafiq terpaksa meninggalkan Kedah dan kembali ke kelabnya JDT dengan prestasi yang baik.
Dalam pada itu, Khamal mengakui Kedah bakal bertukar wajah ketika Liga Super kembali bersaing setelah berehat hsmpir sebulan barisan pemain akan terbabit dengan pasukan kebagsaan.
Seramai enam pemain baru bakal diserapkan ke dalam skuad Kedah musim ini kini berada di tempat keempat tangga liga ketika ini setelah melalui lapan perlawanan.
“Tiga pemain import dan tiga pemain tempatan bakal diserapkan ke dalam skuad Kedah kerana prestasi mereka yang kurang memuaskan dan juga kecederaan enam pemain yang bakal ditamatkan kontrak mereka bersama KDAFC musim ini.
“Ketika ini kita sudah kenal pasti tiga pemain import yang bakal turut serta bersama pasukan Keedah iaitu seorang pemain Asia, seorang pemain ASEAN dan seorang pemain bebas mungkin dari benua Afrika, Eropah ataupun Amerika Selatan.
“Malah kami sedang berurusan dengan tiga pemain import yang bakal di tamatkan kontrak dan juga ganti rugi yang akan di berikan kepada mereka kalau bersetuju dengan tawaran kami pasti akan mempercepatkan lagi penukaran pemain ini
“Bagi tiga pemain tempatan pula kita sudah menghubungi mereka tetapi mereka juga perlu mendapatkan pelepasan daripada majikan mereka untuk bersama pasukan Kedah,” kata Khamal.
Selain itu, Jang Sungwan di katakan mahu bersara kerana kecederaan yang dialaminya itu dan Dennis Buchaning pula telah mengalami kecederaan dan terpaksa berehat selama enam bulan dan dia tidak beraksi beberapa perlawanan pasukan Kedah yang lalu.

Skuad Sang Kenari dijangka bakal berubah dengan muka baharu selepas cuti rehat ini.
Tambah Khamal, prestasi barisan pemain Kedah nyata menurun berbanding pada beberapa perlawanan awal musim dan kekalahan kepada Selangor FC, Sabah FC dan Melaka United FC memaksa mereka kehilangan sembilan mata dan pasukan yang berada di bawah pasukan Kedah memiliki dua ataupun tiga perlawanan yang belum beraksi.
“Tidak ada jalan lain kecuali kita membawa masuk beberapa muka baharu untuk memantapkan kembali prestasi pasukan dan permainan ketika bertemu Negeri Sembilan di Alor Setar yang dibarisi oleh beberapa pemain muda telah menampakkan sedikit peningkatan.
“Kita tidak mampu berlengah lagi kalau boleh mahu percepatkan proses pengambilan enam pemain baharu ini secepat mungkin ketika jendela perpindahan bermula pada 28 Mei ini,” kata Khamal.