PENGURUS pasukan Tottenham Hotspurs, Antonio Conte akan meninggalkan kelab tersebut setelah mencapai kata sepakat selepas berkhidmat selama 16 bulan.

Bagaimanapun, Conte agak terkilan dan menganggap pemainnya mementingkan diri sendiri dan mengkritik budaya kelab tersebut dalam sidang berita ekoran keputusan seri kelabnya dengan Southampton.

“Kalau anda rasakan saya sahaja yang bersalah atas keputusan hambar, terpulang kepada anda. Tetapi jangan pernah fikir pemain itu tidak pernah melakukan kesalahan.

” Selalu saya lihat apabila keputusan tidak baik hanya jurulatih yang akan dibuang, mengapa tidak menukar pemain sekali.

“Pemain saya tidak menunjukkan karakter dan semangat seperti sebelum ini. Sepatutnya kita sama-sama menaikkan pasukan tetapi saya pula yang dibuang,” jelasnya.

Tottenham kini berada pada kelompok empat terbaik saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) tetapi gagal menterjemahkan keputusan cemerlang tersebut apabila tersingkir dalam setiap perebutan piala.

Setakat ini, tugas tersebut bakal diambil alih Cristian Stellini sebagai jurulatih sepanjang musim, dengan bekas pemain tengah, Ryan Mason sebagai pembantunya.