Select Page

Apa punca Stadium Paroi untuk aksi Piala MFL terpaksa ditunda ?

Apa punca Stadium Paroi untuk aksi Piala MFL terpaksa ditunda ?

 

PERLAWANAN Piala MFL antara Negeri Sembilan FC dan Kelantan FC yang dijadualkan pada jam 4.45 petang pada Selasa telah ditunda pada suatu tarikh yang akan diberitahu kelak menurut hebahan di laman sosial rasmi kelab.

Ini adalah penundaan perlawanan kedua membabitkan Negeri Sembilan FC selepas aksi Liga Super menentang Kuala Lumpur City FC pada Sabtu juga terpaksa ditunda ekoran hujan lebat yang menyebabkan padang ditakungi air.

Menurut sumber MFL yang dihubungi FLASH SUKAN, penundaan perlawanan ini terpaksa dilakukan selepas menerima permintaan daripada pasukan tuan rumah atas alasan ketidaksediaan venue pertandingan.

 

Persoalannya, adakah hujan lebat pada Sabtu itu telah menjejaskan padang Stadium Tuanku Abdul Rahman hingga perlawanan terpaksa ditunda dan ianya juga bagi mengelakkan perlawanan Liga Super antara NSFC dan Terengganu FC pada Khamis juga akan terjejas.

Perkara ini telah menjadi topik perbincangan antara penyokong Negeri Sembilan di laman sosial yang mahukan jawapan mengapa penundaan ini berlaku namun pasukan tuan rumah yang dihubungi tidak mahu memberikan maklum balas.

Ini juga adalah perlawanan kedua yang melibatkan skuad B23 tahun Kelantan selepas perlawanan mereka sebelum ini menentang Perak FC turut ditunda ekoran masalah penyediaan venue oleh pasukan tuan rumah.

Masalah kualiti padang sudah menjadi masalah utama saban tahun tetapi mungkin perkara ini akan berubah selepas Negeri Sembilan bersetuju untuk menaik taraf padang di stadium itu namun masih tidak menyatakan tempoh yang bakal dijalankan.

 

Video Terkini

Loading...