BEKAS jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, Datuk K Rajagobal menyifatkan Arif Aiman Hanapi sebagai fenomena baharu dalam bola sepak tempatan.
Tambah beliau lagi, pemain Johor Darul Takzim (JDT) itu memiliki keyakinan yang tinggi, tenang dan berani.
Beliau turut menyanjungi skuad Harimau Selatan yang menjadikan Arif Aiman seorang pemain yang memiliki bakat besar.
“Dia adalah satu fenomena baru. Kualiti terbaik sangat membanggakan.
“Yakin, tenang dan berani. Bakat terbaik yang terus digilap di Johor,” ujarnya menerusi ciapan di Twitter.
Untuk rekod, Rajagobal pernah membawa Malaysia menjuarai kejohanan sulung Piala AFF 2010 dan sehingga kini rekod tersebut masih belum dapat dileburkan mana-mana jurulatih.