Perlawanan bermula dengan Arsenal tampil agresif, namun Spurs lebih dahulu membuka jaringan. Son Heung-min, bintang Tottenham, menjaringkan gol pada minit ke-25, mengejutkan pasukan tuan rumah.
Tidak mahu mengalah di hadapan penyokong sendiri, Arsenal meningkatkan intensiti permainan mereka. Hasilnya, pada minit ke-40, tandukan Gabriel Magalhaes dari situasi sepakan penjuru memaksa Dominic Solanke mencetak gol sendiri, menyamakan kedudukan 1-1.
Empat minit kemudian, Arsenal melengkapkan kebangkitan mereka. Leandro Trossard meledakkan gol untuk menjadikan kedudukan 2-1, sekali gus memastikan kemenangan dramatik buat The Gunners.
Kemenangan ini amat bermakna buat Arsenal kerana mereka berjaya mengurangkan jurang mata dengan pendahulu liga, Liverpool, kepada hanya empat mata.
Arsenal kini berada di tangga kedua, manakala Tottenham jatuh ke tangga ke-13 dengan hanya mengumpul 24 mata.