PRESIDEN Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berdukacita dengan berita pemergian bekas setiausaha agungnya yang telah lama berkhidmat Datuk Sieh Kok Chi pada 16 Julai lalu.
Bekas atlet polo air itu memainkan peranan yang sangat penting ke arah pembangunan sukan dan sumbangan profesional beliau memajukan pergerakan Olimpik di Malaysia.
“Pemergian Kok Chi sememangnya satu kehilangan besar kepada persaudaraan sukan dan pergerakan Olimpik di Malaysia tetapi semangat dan usaha besar mendiang untuk tujuan kita akan diteruskan memberi inspirasi kepada kita semua sepanjang hayat.
“Bagi pihak MOM, kami ingin mengucapkan takziah kepada ahli keluarganya,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Kok Chi meninggal dunia pada usia 83 tahun.