Select Page

Bekas teman wanita saman Woods

Bekas teman wanita saman Woods

BEKAS teman wanita Tiger Woods, Erica Herman mendakwa pemain golf terkenal itu melakukan penderaan seksual terhadapnya dan telah memfailkan tuduhan tersebut di mahkamah.

Erica sebelum ini turut mendakwa Woods telah memaksanya untuk menandatangani satu perjanjian sulit tanpa memberi peluang kepadanya melihat isi kandungan perjanjian tersebut.

Dalam saman yang difailkan, Herman telah menuntut sebanyak USD30 juta atas gangguan emosi tahap bahaya yang dialami teman wanita Woods .

Dia mendakwa ditipu Woods untuk meninggalkan kediaman mereka di Florida di mana pasangan tersebut telah tinggal selama 6 tahun.

 

Menurut teman wanitanya itu, Woods telah menggunakan tipu helah menyuruh wanita tersebut pergi bercuti untuk menenangkan jiwanya namun apabila sampai di lapangan terbang, dia tidak dibenarkan untuk ke luar negara.

Wang sebanyak USD40, 000 dalam akaun Erica turut lesap diambil oleh wakil Woods.

Sejak berpisah pada Oktober lalu, Erica sepatutnya berhak tinggal di Hobe Sound untuk tempoh lima tahun lagi namun dia telah berjaya diperdaya Woods untuk meninggalkan rumah tersebut serta-merta.

Video Terkini

Loading...