Kelab Kebajikan Pejabat Komunikasi Strategik UiTM (PKomS) telah menganjurkan perlawanan persahabatan badminton yang berlangsung di gelanggang pusat sukan UiTM, baru-baru ini. Program ini diadakan khusus untukmengeratkan ukhuwah serta memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan ahli kelab.
Lebih 40 orang warga kerja daripada pelbagai bahagian di bawah Pejabat KomunikasiStrategik menyertai perlawanan tersebut. Pertandingan dijalankan secara santai dalamkategori beregu lelaki, wanita dan campuran, dengan semangat kesukanan menjadikeutamaan.
Pengerusi Kelab Kebajikan PKomS, Muhammad Irsyad Mohd Ramzan, berkata inisiatif inibukan sahaja memberi ruang kepada ahli kelab untuk beriadah dan memperkukuh hubungansilaturrahim antara staf.
“Melalui aktiviti seperti ini, kita dapat mengimbangi kesibukan kerja seharian dengan aktivitiriadah yang sihat dan menyeronokkan. Ia juga menjadi platform untuk memperkukuhkomunikasi dan semangat berpasukan dalam kalangan warga PKomS,” katanya.
Penganjuran perlawanan persahabatan ini dijangka akan menjadi acara berkala kelab sebagaiusaha berterusan menggalakkan gaya hidup sihat, meningkatkan motivasi, sertamengukuhkan ikatan kekeluargaan di antara ahli PKomS.